Entri Qada'

Aci tak buh tajuk cenggini?*sukeatilakan*Ooh best.Sangat.SABTU adelah hari yang SUPER bermalas-malasan untuk aku.The only hari yang aku dukla looking forward and tak sabar giler nak tunggu among all of the days in a week.Inilah harinya di mana aku men'qada'kan waktu tido aku yang tertunggak2,inilah waktunya yang aku ngan danial (selalunyaLAH) akan makan 'brunch'  instead of breakfast,hari untuk men'stock-up'kan groceries,and harinila juga meant untuk spent time with family,diri sendiri (tryla curik) and opcos its  Qtime,bebeh!So sebelum super KEMALASAN aku ini terjangkit ke belog kesayangan,and sementara kegigihan meng'hapdate' still berbaki,aku dengan ini dengan redho hati meng'qada' entri yang raya haji yang aku penah aku janji2kan haritu...  


Ingat lagi gambo neh?
(macamLAH ramai nooo baca belog ko kan pompuan??????)


Ni clear sket(kott).Gambo kat atas tu aku snap gune henpon cap ayam,so kualiti agak ke laut sikit.Gambo neh aku gune kemere,santek sikit (baik ko cakap santek gak!*ugut neh*) bolela aku tepek sama eh.Before encik2 kacang di'blender'.So tau dah (kott) ape yang aku nak buat..?Kalo dah namanya raya,selain rendang,pada aku agak wajib(LAH) nak kene ade mende neh.Yepp.KUAH KACANG oe name mat sallehnye PEANUT SAUCE(eceh!).Tapi problemnya  mak aku malas nak buat.Leceh....katanya.So aku yang memang sedia rajin(LAH) neh*FHITAM* meng'offer'kanla diri untuk buat.Tak banyak pun,buat setengah kilo ja.Itupun bila da siap masak jadi banyak oke.Penuhla kuali size M yang aku ada kat rumah tu!Apepun,yang fhenting..LINCIN!Selamat di"kenduri"kan!Miahahahahahahahahahha!^_^


Jom aku sharekan (kalo tak berminat ngan entri ala2 mak2 oang neh skip ajerk or tekan pangkah kat atas kanan tu......tahukan?) resipi yang banget sempoi ni.Resipi aku neh tadak pakai santan2 bagai,SEMPOI lagi MUDAH.Kate ala2 'Da naked Chepp'.Sempoi itu harussssss.......U!

BAHAN-BAHAN wajib ada :
Kacang Tanah  - 1/2 kg
Bawang Merah (size sedang) - 4 biji
Bawang Putih - 8 ulas
Halia - 2cm
Lengkuas - 2cm
Cili Kering - 20-30 biji (ikut suka)
Cili Api/Padi -10 (ikut suka)
Serai - 2 titik (read:batang)
Gula merah/gula pasir (secukop rasa)
Garam (secukop rasa)


CARA - CARA MENYEDIAKAN (read:mencampak!^_^) :
1.Goreng kacang tanah tadi tanpa minyak sampai kaler kulit dia jadik coklat2 keemasan(eh kememasan betul ka?).Yang penting macam kaler kacang gorengLAH eh.

2.Blender bawang merah,bawang putih,halia,lengkuas,sama serai.Asingkan.

3.Aku selalu rebus dulu cili kering ni.Nak bagi senang bile blender.So ikut korangla.Nak blender terus pun tadahal.Jangan lupa blender sekali cili api or nak bagi pedas lagi berdengung,gunala cili padi.Memang ar terbaeeek!^_^

3.Lepas kacang tanah sejuk,blender or kalo TERlebih rajin tumbuk pakai lesung batu.Akukan agak pemalas nak cepat,so blender jerk.

4.Setel sesi memblender semua bahan,masukkanLAH cili tadi,sama kacang and buh serai.Kalo nampak agak pekat kuah tu tambah air sikit.Ikut selera korangla.Ada yang suka kuah pekat ade suka so-so,jadiknya ikut korang.

5.Mak aku ajar,kalo nak kaler kuah kacang tu cantek,instead of guna gula biasa,gantikan dengan gula merah.And this time around i did.Memang santek sikit.Jadi gelap2 gitu.Masukkan gula tadi sama garam secukop rasa korang and biarkan sampai mendidih.Kalo dapat sampai pecah minyak lagi terbaeeek!Hasilnya..^_^

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.







TADAAAAAAAAAAA!


Hasilnya.
Semangkok cukopLAHkan..Nak banyak2 kalu,buat sendiri.
Miahahahahah



Agak hine lagi pendengki disitu.Tepek pulak gamba 'arial view'!
Yang FHENTING....LINCIN hokeh!
Harus ko letak dekat2 ngan nasi impit memangLAH LAKU!
Selamat mencuba!^_^







Suke?Tak suke?Kalo suke,saye LAGILAH jadi suke^_^.
Macih yer!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

"Freak" kah aku?

1st Annivesary@Konsert Gemuruh Double Trouble!Part2..n abesh

HOT..bebeh HOT!