> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, June 22, 2011

Ada ker yang sudi?

Assalammualaikum!
Nak sembang2 kosong ngan korang bole...?


Aku sebenarnya tak penah terpikir untuk sampai ke tahap macamni.
Asalnya aku just suka2,minat semata.
Nak cuba2,nak try,test tengok,nak challlenge diri sendiri.
Nak tengok sampai takat mana boleh pergi.
And betulla kata pepatah.

"Usaha,tangga kejayaan!"
"Di mana ada kemahuan..di situ ada jalan!"

Dah terbukti (banyak kali dah sebenarnya).
Bukan on term aku yang satu ni aja...pada semua benda yang kita buat la.
Kalo tak percaya gi try test tengok.
But kene sepenuh hatila wey baru boleh nampak hasil.
Determination tu kene set 200% then buat ALL OUT.
Insyaallah...
Macam kes aku ni.Dulu sokmo buat guna yang instant
(buat mak2 or sapa2 yang biasa buat kek taula aper yang instant tuh,kan?hihi)
Tapi betulla tak cuba manala kita nak tau capability kita takat mana...dok?


Yang ateh ni kalo tak silap adelah cubaan ke 3 aku kot.

Moist Chocolate Cake

Sebelum tu,asikla buat guna yang instant.Dalam peket.
Tinggal tambah butter sama telur.
Sekarang NO MORE instant.
Yeay!
Aku buat yang kat ateh tu spesel untuk mak aku cos dia mintak.Ahahaha.
Kelaka weh kalo ingat.
Especially masa Mother's Day haritu.
Aku buat gak sebijik kasi kat dia.
Lepas sepotong,sepotong,sepotong dia ngap!
Alhamdulillah,sedap katanya..
Hehe,harusla suka.
Susah oke...susah giler nak dengar dia puji orang lain masak.
Especially.........AKUla.
-_- 





Yang ni pulak Butter Cream Cheese Cuppies.
First OFFICIAL order by ofismate aku.
Terharu weh bila dia mintak aku buatkan 50 bijik.
Nak buat pezen kat kawannya yang bertunang.
Terharu giler.
Tak sangka ada yang percaya kat aku,n nak aku untuk buatkan menda alah neh untuk derang.
Kepercayaan tu satu benda yang 'MAHAL'...betul tak?
Tak semua orang boleh dapat.
So aku adelah amat bersyukur.
Walopundemikian..walopun da siap buat yang diode
Aku yang still tak confident kat diri sendiri ni  lagi
(first order kot..terus 50 bijik.Wajibla mak cuak sokmo!) duk asikla cakap ...

"Sorila babe.Cuppies tu sememeh ah,tak sampai ati aku nak jual."

Siap aku suruh kawan akutu amek separuh ja.
Cos itu ja yang paling comey,pada mata ....akula.
Yang lain cam hampes jek....aku rasala.
T_T
Kawan aku yang cukop memahami tu kata ...

"Takpa,nak amek semua jugak."

Nak tau apa jadi pastu?
Kawan satu department dia pulak nak order lagi sepuluh bijik!
Alhamdulillah,rejeki!
Paling penting,ada yang sudi...

Korang cemana
Sudi ker nak beli kalo aku nak ...jual? 

4 comments:

Fida Ghazi said...

ofkos sudi!
sememeh takpe..asal rasa sedap!
pelan2 .. lama2 nanti ok la tuh..

sabree hussin said...

kalau boleh jual dan pos.. apa salahnya. nak jugak try order

dee ridzuan said...

aku berkenan kat atas tu linda.. hehehe

cik puan apel said...

Pidah...ko buat 'mata mak masuk habuk' taw!sobsosob *tahan airmateeee*

Sabree
Awak duk maner?Kalo pos takut penyetla pulak kang..

Dee
Berkenan?Apelagi..odesaja heheh ^_^

Post a Comment

There was an error in this gadget

SAYANG KAMU JUGA

SANA,SINI,SITU,SINUN!