Jika "AKU" lelaki itu...












Jika "AKU" lelakiku..
Akanku pastikan "AKU"  jadi pendengar setiamu..
Jadi teman sejati dirimu..
Menjadi jiwa raga dirimu.. 
Yang sentiasa di sisi di waktu susah senangmu..
Yang selalu menemani,menempuhi suka duka liku hidup.. 

Jika "AKU" lelakiku..
Akan ku senyum saat kau luahkan perit harimu..
Akan ku setia mendengar jeritan hatimu..
Agar susut kusut di fikiranmu..

Jika "AKU" lelakiku..
Akan ku selami jauh ke dasar hatimu..
Akan ku telahi lubuk ragamu..
Akan ku jejaki setiap langkahmu..
Biarpun jasad berjauh..biar pandangan jadi kabur..
Biar sampai tiada lagi esok..
Aku mahu kau tahu..
Aku akan selalu ada..
Di situ..



Banyakkah pintaku?
Melampaukah aku?
Bila aku meminta pada yang ada..
Bila aku merayu pada yang sudi..
Bila aku merindu pada yang kaseh..?
Sungguhkah kau kaseh..kekaseh?
Mampukah aku jadi "LELAKI" itu..?























Bisakah "AKU" jadi sesempurna yang ku mahu?
Aku sedar..
Aku manusia yang cukup biasa..
Yang banyak khilafnya..
Yang tak pernah kurang celanya..
Tiada sempurna..
Dalam dunia "ciptaan manusia"..
Aku seakan ada dalam tiada..
Ibarat hilang dalam terang..
Aku jadi bisu dalam hingar lagu kamu..
Siapa aku..siapa kamu?
Mampukah aku untuk jadi aku..
Untuk terus jadi diriku..



Jika "AKU" lelaki itu.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

"Freak" kah aku?

1st Annivesary@Konsert Gemuruh Double Trouble!Part2..n abesh

HOT..bebeh HOT!