> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, May 22, 2011

Marble Cake wannabe

Aku penah isytihar kat sini sekali dulu yang weekend aku akan jadi Hari Makanan Sedonia..ingat tak?Tak kesahla,makanan yang ditapau or yang aku sendirik sediakan.Makan ni kan one of the best thing in the world yang manusia boleh dapat or buat.Antara nikmat hidupla..betul tak?So kalo ade benda shiook,yang best,yang sedap..ape salahnya share2.Tak luak kot.

Contoh macam semalam.Ekceli aku nak merayap keluar tapi disebabkan hujan 'cats n dog' kat luar..terbantutla kejap hasrat.Mosan punya pasal,then rasa te'cabar' cos nampak si masdot anto mms gambo butter cake yang berjaya dibuatnya,aku pun membakor jugak...bole?Bahan semua memang dah ada so lajuuuuuuuulah aku membakor petang semalam!So marilah mengetest bersama resipi yang sempoi dari aku with LUV ineh..

MARBLE CAKE


BAHAN2:
125gm or 1/2 petak TATURA Butter 
(First time guna brand neh!Kawan opis aku yang suggest..katanya lagi lemak.So jom try lor)
125gm/1 cawan tepung Superfine (tepung gandum biasa pun oke ja)
125gm/1 cawan gula castor
2 biji telur gred A
1 sudu baking powder
1 sudu essence vanila


CARA2NYA:
Cara nak bancuh adunan kek ni hampir sama macam nak buat vanilla cuppies yang penah aku buat sebelom ni.So dedua jalan pun bole pakai tau!

1.Biarkan butter pada room temperature dulu.Then baru masukkan gula n pukul sampai kembang.Paling elok biarkan sampai jadik kaler krim.
2.Bila adunan butter dah kembang,masukkan telur satu persatu n pukul lagi sampai sebati (Adunan A)
3.Dalam satu bekas lain,ayak tepung dengan baking powder.
4.Griskan roundtin or aper2 bekas yang nak digunakan n make sure korang dah pre-heat oven pada suhu 150 degrees dulu tau.
5.Masukkan tepung sikit demi sikit ke dalam adunan A tadi n pukul lagi.

6.Efek  marble (Adunan B)
Asingkan dalam sesudu makan aduanan A tadi n amek sesudu kecik serbuk coklat n gaulkan sampai warnanya sebati.Ketepikan
7.Masukkan adunan A tadi ke dalam bekas,then masukkan adunan coklat tadi(adunan B) kat tengah2 tin.Amek lidi satay n corakkan (ikut suka korang).By right kena buat macam bulatan ikut jam punya corak baru jadik,tapi aku dah ter'belasah' so..belasah ja la..kan?
8.Da selesai men'conteng' bolehla bakar for about 40 minutes pada suhu 150 degrees tau.


Sekian.
Recipe Marble Cake wannabe(wannabe cos efek marble tak berapae nak jadik..kurang pusing kot hahaha)with LUV.Simple lagi senang nak buat.Bahan2 pun senang dapat!Tadek alasan nak cakap susah ke hape eh.Kalo memang dah MALAS..wassalammu...ah kan?K..rajen2la menerai.Cos aku pun still belajar.Tak rugi mencuba,untung2 menjadik,laki ngan anak korang gak tambah sayang kat korang,tui dak?*TETIBE*Jangan MALAS n bagi banyak ALASAN,tu amalan SYAIIIIITON!Mwuahahaha ok,baila eh aku nak pi terjah kepci,nak cari tat kesayangan.Daaa


Nota kaki : FYI,sesemua bahan2 ni aku buat untuk half size from the original recipe.Kire2 bole dapat untuk roundtin yang kecik tu ja tau(tengok gamba kat bawah eh).Kalau nak actual size,korang dabelkan ja semua bahan kat ateh neh eh!

2 comments:

edlidza said...

kawan aku yg rajin !! :)

cik puan apel said...

Macheh2x ^_6

Post a Comment

There was an error in this gadget

SAYANG KAMU JUGA

SANA,SINI,SITU,SINUN!