Yang memberi..lebih baik dari yang menerima

Sekadar berkongsi...

Aku dapat email ni dari kawan opis..Ape salahnya,kita ambil berkat sempena minggu2 terakhir ramadhan ni..kan? Tak banyak sikit pun jadila.Ringankan beban,gembirakan hati mereka2 ini...

-----Original Message-----
From: Khairul Bariah [mailto:kbariah@baitulkasih.org.my]
Sent:
Monday, August 06, 2012 8:23 AM

To: rkhEmailGroup1
Subject: MENGAMBIL KEBERKATAN MINGGU TERAKHIR SEBELUM BERLALUNYA RAMADHAN 1433H


Assalamualaikum wrt.wbt.
Dato'/Datin/Tuan/Puan yang dirahmati Allah,


RAMADHAN Bulan yang dirindui oleh seluruh umat Islam yang menagih kelebihan yang ada pada bulan yang mulia ini. Ramadhan bulan rahmat dan keampunan. Bulan yang membuatkan umat Islam berlumba-lumba melakukan ibadah sedekah kerana meyakini akan pahala yang berlipat kali ganda.

Sayyidatina Aisyah (r.a) berkata; “Rasulullah S.A.W jika masuk bulan Ramadhan membebaskan setiap tawanan dan memberi kepada setiap orang yang meminta” - Riwayat Al-Baihaqi.

“Puasa itu merupakan perisai bagi seseorang dari api neraka, sebagaimana perisai dalam peperangan” - Hadith riwayat Ahmad, An-Nasa’i dan Ibnu Majah

Meyakini keberkatan pada bulan Ramadhan yang mulia ini, BAITUL KASIH meneruskan usahanya dengan menganjurkan projek RAYUAN RAMADHAN yang merupakan satu inisiatif murni bagi meraikan rumah-rumah amal dibawah naungannya, antaranya seperti berikut :

1. Rumah Kasih Harmoni ( 6 tahun & kurang)
2. Rumah Siraman Kasih  (7 - 12 tahun)
3. Rumah Permata Rohani (remaja)
4. Baitul Rahmah (Warga Emas)
5. Baitul Hanani (anak yatim & asnaf zakat)  


Di sepanjanag bulan Ramadhan ini pihak BAITUL KASIH akan menyediakan makanan untuk berbuka puasa, more selepas solat Terawih dan bersahur kepada lebih 180 orang anak-anak yatim, miskin dan anak-anak terbiar di 4 buah rumah amal di bawah naungan kami.

Bagi jiwa-jiwa yang sentiasa mengintai peluang untuk membuat infaq atau sedekah bolehlah bersama-sama memberi sokongan dan bantuan kepada usaha ini dalam berbagai-cara:

(a) Memperpanjangkan mesej ini kepada badan-badan koporat dan individu.
(b) Menaja majlis berbuka pusa dan sahur.
(c) Menghulurkan bantuan untuk keperluan Hari Raya samada dalam bentuk barangan atau kewangan.

KEMUDAHAN MENYUMBANG

(a) Bagi penyumbang yang ingin menghulurkan sumbangan dalam bentuk cek dan mahu pihak kami sendiri mengambilnya, cek tersebut hendaklah dibuat atas nama dan akaun berikut:
PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL KASIH: MAYBANK:5621-8812-8345

(b) Sumbangan tunai melalui mesin ATM atau system perbankan online terus ke akaun:
Rumah Kasih Harmoni: MAYBANK: 5121- 8313- 4032

 (c) Sila emailkan maklumat sumbangan anda kepada:
pkbk@baitulkasih.org.my atau maklumkan terus sumbangan anda samada menalifon terus atau mengirim system pesanan ringkas (SMS) kepada mana-mana wakil kami yang dinyatakan dibawah.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi sekretariat kami di talian 03-42567224, Fax: 03-42527527 atau menghubungi wakil-wakil kami seperti berikut:


(a) Pengerusi - Ustaz Zahari bin Alwi: 013-3303430
(b) Bendahari BAITUL KASIH - Khairul Bariah bt. Mian: 017-3494313

Kami di PK BAITUL KASIH mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan dan sumbangan anda. Semoga Allah swt memberkati usaha-usaha kita.

Sekian dan selamat menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan al Mubarak. Terima kasih.

Wassalam.


Yang berusaha,

Khairul Barian bt. Mian
Bendahari PKBKWPSEL

Comments

Popular posts from this blog

"Freak" kah aku?

1st Annivesary@Konsert Gemuruh Double Trouble!Part2..n abesh

HOT..bebeh HOT!