Sukses,alhamdulillah!

Salam korang!

Since opis aku kat KJ,dapatla aku cuti free sehari ni.Tak lama pun.Esok dah keja balik.Jadi masa yang ada,nak2 dapat cuti free silala hargai dengan sebaiknya yer kengkawan.Spent it with your precious one.Try,carikla masa cos kita taktau berapa lama lagi 'masa' yang ada untuk kita kan...?Sori.Tetiba aku ter'emosi' plak.

Harini walaupun bercuti,"jadual" aku padat.Nak 'pamper' diri sendiri yang dah 'terbiar'.Lama gilerla tak pi tempat ni.Last bila ntah...2 tahun lepas kott! *matikla kena 'panchung' dengan orang saloon nanti* Walaupun kelas make-up si dia tak dapat2 nak pi lagi,nampak gaya  aku pi salun dia dulula gamaknya..By the time entry ni masuk *entri scheduled harap maklum*aku dah ada Ampang Point sinun (insyaallah).Hehe,semalam masa aku call untuk confirmkan appointment untuk ni hari,boleh pulak Kak Nurol Shukor tu kendiri yang angkat fon.Huhu best,humble giler soranya..kalo dapat jumpa dia kejap lagi...laaaaaaagila seronok wey!^_^Tak cukop dengan tu,nak kena pi mengamek hadiah sebeday yang Nuffnang janji2 tu..Tu belum lagi nak angkut acu pi Bank Islamla bagai.Nampak tak betapa cuti yang tak cutinya aku ni?Kat opis P.A kat umah pun P.A!


Dalam keributan,malam tadi lepas berbuka aku berjaya buat yang kat atas ni. CORNFLAKES COOKIES.Alhamdulillah,sukses!Recipenya simple giler.Dah few days pun sebenarnya aku rancang nak buat but asikla tertunda2.Niatnya,kalau menjadik nak kasik kat MIL n mak aku (kalo mak aku sukala,diakan cewewet sikit eh takla...banyak!)Tula orang kata...kalau niat tu baik,insyaallah menjadik.Berhasilla kaedahnya.So sila betulkan niat masing2 eh*TETIBA*


Sebab recipe ni adelah SUPER SIMPLE GILER *pada akula* and bahan segala memang ada setok.Apalagi,proceeeeed bebeh!Si danial pun duk volunteer nak tolong pukul sama.So jom,meh nengok recipenyer..moh!

CORNFLAKES COOKIES
 
BAHAN2 :
*Adunan ni boleh dapat dalam 60pcs cookies,ikut saiz terapan or acuan korangla eh.
125 gram butter (aku half Buttercup.Penat carik2 Tatura tak jumpa so layankan aja)
1/3 cawan gula kastor
1 biji telur
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
2 cawan cornflakes yang dah di hancur kasar
1/2 cawan chocolate chip (yang ni si danial rekues) or kismis (yang mana2 suka)
1/2 sudu kecik esen vanila


CARA2 MEMASAK:
1.Pukul butter,gula dan esen vanila sampai kembang n sampai adunan bertukar warna menjadi kuning keputihan

2.Masukkan telur n pukul semula.

3.Akhir sekali masukkan tepung,chocolate chip n 1 cawan cornflakes tadi ke dalam adunan n kacau sekejap sampai sebati.

4.Kaupkan adunan mengunakan sudu n letak dalam dulang pembakar.Kalo nak letak dalam papercup pun bole ja.

5.Bakar adunan dalam masa 20 minit pada suhu 180 celcius.


Seronok tengok menjadik!Ranggup pun ranggup.Kalo peminat cornflakes musti tak tinggalla cookies ni.Leeeka ngko kalo dah start kunyah sekeping.


Settled!Siap pun sebalang!Campor2 yang bulat n dalam cuppies.Tapi kalo nak ikut cantik,terap ja atas dulang pembakor,biar dia kembang sendiri...lagi comey.Tapek,esok bole sambung bakor lagi.Till then,korang jangan lupa cuba sama k.Bai geng!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

"Freak" kah aku?

1st Annivesary@Konsert Gemuruh Double Trouble!Part2..n abesh

HOT..bebeh HOT!