> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, September 21, 2011

Mampukah aku...Malaysia’s First Ever Blogger MasterChef??

Kalau korang yang yang follow or baca (adeke...) blog picisan aku ni mesti perasan yang aku ni suka naa update cerita pasal makananla,resipi la and off course al-kisah masak2 kat belog carca-marba aku ni..kan?Kadang2 tu hampir hari-hari kot aku asyikla update cerita pasal resipi yang aku baru cuba,tak pun aku asyik menempel gambar2 masakan yang aku dah buat..kan?

Lately ni lagi melampau2 rasanya...Yes.Aku tengah 'giler' membakar kek and kuih sekarang.Yang rapat dengan aku sure tau.Kat sini adalah juga aku tempel.Tapi paling banyak dekat FB la.Penoh album dengan gambar kek and kuih2 semata...lauk-pauk ciptaan aku(LAH sangat) pun hadoo oke hehe.

Aku memang suka memasak.Bukanla suka sampai tahap nak jadik chef..*tapi kalo TERjadik pun ape salahnya..kan??hehe* Entah.Probably it 'runs' in my family.Kata mak aku ada gerai makan...mana "tumpah kuah kalau bukan ke nasi"...yer dok?Kenyataannya memang KENA and at the same time aku memang SUKA memasak!Dah berkeluarga kott.So memasak tu adelah agenda WAJIB,pada akula...Tambah2 dah ada anak bujang,and encek suami yang seleranya kinda cerewets bila bab2 makan.So aku kenala creative and at the same time ada inisiatif sendiri bila sampai bab masak.Kalau nak senang cakap,aku ni suka ber'eksperimen'.Kalau jumpa resipi yang menarik kat hati aku..aku akan study and alter mana2 yang aku rasa sesuai dengan selera aku and family..

So bila aku TERnampak nuffnang's ads yang yang satu neh.Mata aku terpana kejap.Boleh buat aku takleh tido malam(LAH sangat) bila nampak banner ni..Ha..tatau aper tuh MasterChef??Meh aku tulun story sikit..eh tak meh aku tolong kopipes dari Nuffnang punya page untuk korang bace eh..

Malaysia’s First Ever Blogger MasterChef!”

Teruja uools!.Teringin rasanya nak join...tapi MAMPUkah aku????Ahhh dulik.Aku nekad nak cuba.Yerla.Tuah orang siapa tahu..kan?Tak cuba,lagilah taktau!So be IT.Aku nak try luck.Saja suka2.Tak rugi pun..kan?

So aku dengan 'gamble'nya mempersembahkan my infamous "My Homemade Very Blueberry Cheese Cake" untuk join contest ni!Kenapa cake ni?Simple ja,because this is my all-time-favourite cake aku,and dah menjadi antara signature dish aku dikalangan kawan2.Diorang cakap sedap and tak macam orang lain punya!*sukeee* 

Selain tu,ramai yang cakap *including aku sendiri pun dulu..* kalay nak buat cheese cake ni REMEH,SUSAH,CEREWET and macam2 lagilah!Pada aku..apa2 pun yang kita nak buat,tak kisahla bab memasak or else.Bila kita letakkan banyak "KALAU","SUSAHLA" senang cakap EXCUSES or ALASAN..memangla TAK AKAN MENJADI!YKena cuba and usaha dulu then baru boleh tengok result dia..kan?Tak cuba tak tahu..percayalah!NOTHING IS IMPOSSIBLE.Insyaallah...Kena cuba dulu..seriously barulah kita tau.Sometimes kita sendiri tak tau yang kita punya capabilities yang undescribeable....Samaada kita sedar atau tak*wahh aku dah merepek...* So marilah sama2 menghayatinya *cehh*...

My Homemade Very Blueberry Cheese Cake

*nak order bole saja...hehe sempat pomot!


BAHAN2NYA  :
Untuk Cream Cheese Filling
500 gm Philadelphia Cream Cheese
1 cawan gula kastor
3 biji telur
4 sudu kecil Natural Sour Cream
2 sudu kecil essence vanilla
250 gm blueberry filling (ape brand pun bule)

Biscuit base
12-15 keping Mc Vities Digestive biscuit
125 gm/separuh  butter


CARA2 MENYEDIAKAN :
Biscuit base
1.Cairkan butter

2.Hancurkan or blender digestive biskut tadi ikut kesesuaian/kesukaan korang (kalau aku suka yang tak berapa halus,cos rasa best kalo kasar bila ngaap..hehe)

3.Mixedkan biskut dengan melted butter tadi and gaul sampai sebati.


  
4.Mampatkan adunan biskut tadi ke acuan yang korang nak guna.Ketebalan paling sesuai(pada akula) adelah dalam half inch.Tengok korang gakla nak tebal mana.Selesai,masukkan bahan ni dalam fridge.Kasi sejuk sementara nak buat cream cheese punya filling.



Cream Cheese Filing
1.Masukkan cream cheese,gula,essence vanilla and sour cream and pukul selama 15 minit sampai sebati ang ringan.

2.Masukkan telur satu persatu and pukul sampai sebati.



3.Tuang ke atas biscuit base tadi and bakar selama 60minit/1jam pada suhu 180 darjah celcius.


Masa masak memangla naik gebu tinggi..hehe tapi bila dah keluar dari oven..



Akan kempis cenggini yer.Dont worry,memang sepatutnya jadik macamtu.Normal.


Da sejuk sikit barula korang letakkan blueberry filingnya tau.Jadi inila hasilnya "My Homemade Very Blueberry Cheese Cake" aku tu.MENJILAT JARI...guarantee!hehe

Feeling2 buat rancangan masakan MasterChef Malaysia dah uolls!Nak2 pula cerita ni tak lama lagi nak masuk Malaysia dah..lagilah kan?Ala cerita realiti tv pasal pertandingan masakan tu!

"MasterChef is a worldwide phenomenon. A cooking reality show, that although doesn’t allow viewers to vote, has still broken viewership records in US and Australia. MasterChef is a success because not only is Food something we are all very passionate about but the show only allows amateur cooks to compete. Malaysians who love cooking but never had a chance to really showcase their skills and be appreciated, now get the opportunity! Get ready for the MasterChef phenomenon to take over Malaysia on 22nd October 2011!"

Ha ngkoo.By 22nd October 2011 ni bersiaranla MasterChef Malaysia yang 'panasss' ni kat Astro Ria (Channel 104).MasterChef TX akan bersiaran on  every Saturday – Wednesday, 9.00pm. While Master Class will be on every Friday, 9.00pm.
Nak tau lagi lanjut cekidaut kat sini:




Nak feeling2 jadik MasterChef macam aku gak ker?Tak pun nak join sekaki contest ni?Jom ramai2 terjah sini.Join jangan tak join tau!

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

SAYANG KAMU JUGA

SANA,SINI,SITU,SINUN!