Swaddle Pod..apekah?

Harini aku nak share cerita pasal berbedung.
Yepp.BEDUNG BABY
To be frank.
Masa time abe nel a.k.a Danial dulu..aku adelah sekali ker 2 kali jer bedung mamat tu masa time dia baby.
Bukan pasal taktau cemana nak bedungkan baby tau.
Just simply ade sifat.."tak pelaaa",tamau or malas.
But kalau kes aku,most of the time becos tak sampai hati!

*SEBELOM*


Baby Aufa - baru dibedung.Bedung kendirik ja.*sape cakap aku tak pandai bedung baby??*
Tradisional way.Guna napkin ja gitew.
AMARAN : Budak ini hanya bole dibedung disaat dia sedang mamai2.
Masa paling sesuai selepas minom susu.
Selain dari itu,BEWARE of jeritan yang tahap dewa ala2 kena dera gitew!



Oke be honest.
Aku rasa ramai kott mak2 kat luar sana yang macam aku...kan?
TAK SAMPAI HATI.
PERIOD.

Yerla..seselalunya baby akan menjerit bila kena bedung unless da tidola..
Kalau mula2 nak bedung tu...perrrrgh berdesing jugak dengar dia menjerit betul tak?
Konpem time tu masing2 akan question diri masing2.. 
Ketat sangatkah?Baby sakitkah?Panaskah?
Macam2 perasaanla!
Trust me.
Been there,done that!

Time abangnya baby dulu seriesly tak banyak ragam.
Jaga malam like once or twice pun purposely nak susu then tido. 
Si Aufa ni i tell you..he is toooooootally different from abangnya!
Suka hati diala nak tido ker x.Nak ngamok ke x.
Cycle tido dia i tell you hairwyre lah the first few weeks!
Akula yang sokmo jadik zombie..-_________-
Apaknyer??Hareeeeem!
Si Aufa ni aku serasa2 akulakan..ikut pangai "batman" aku kott.*ini spekulasi laki akula!*
Suka na berjaga malam or tido lambat.
Dia baby maaa...kennot.
Ibu takpe dah mature..ahahahaha

So one of the solution yang orang tua2 selalu bagi in a way nak kasik baby tido lena la...kurang terkejutla,kasik kaki takmo kengkangla..dll lain adelah dengan membedung baby.
I did try.
Yerla sebelom ni manala ada bedung moden ka,swaddle *merepekmangkukayun* ka.
Yang kita tau,yang mak2 kita duk ajar..guna napkin babyla kan?
The thing is that,*dalam kes akula* nak bedung memang tadehal.
Off course nak bedung tu..kenala kena pada masanya...kan?
Takkanla sesuka jiwa raga ngko jer nak bedungkan anak 24-7.Mengamokla si kenit tu maokan kebebasan!*tetibe*
Kalo macam aku,bedung adelah hanya time dia nak tido jer.
Kata nak bagi quality sleep...
Si Aufa ni,kalau baru bedung tu okela...tapi kalau kita bedung time dia belum betul2 nak tido a.k.a mamai..JANGANLA HARAP!
Akibatnya...............  


*SELEPAS*


See?Nampak x?Da terbukak tang kaki!
Selalu modus operandi dia..gerakkan tangan dulu..kasik bengkok.
Bila da macam ada ruang kat tangan tu...haaa ngko.
Dia MENJERIT sepenuh perasaaan uols!
Memangla tak datang hasil!
Sekejapan sangat!Tak sempat tido pun.... -______-

So satu hari ni aku terjumpa artikel pasal SWADDLE POD.
Gugel punya gugel..last2 baru tau.Menda alah ni adelah bedung.
But with modern touch.
Pakai zip gitew.
Teruja *wah ayat* nak test kat Aufa..apelagi kelikla beli online!Ape ngko ingat kat jasko adeker??Tade oke.
Silela gugel mana2 online belogshoppe.
Banyak jer yang jual.
Yang aku beli kaler Royal Blue ni kat MyPermataHati.com punya website baru reganya RM35.


Bertambah2 encem pulak aku tengok si Aufa bila pakai bedung biru ni ek?
Cemtu ko pakai bedung jerla nak...tayah pakai baju dah,ek!
*LEMPANG*


Verdict/Review on SWADDLE POD :
Alhamdulillah.Da try dekat seminggu lebeh ni..nampak gaya tido dia lagi lena.Dah kurang terkejut.Seselalu kalo dia terkejut or mimpi,konpem menjerit nanges2 pastu sah2la liat nak lelap balik.Tapi bila pakai menda alah ni..Alhamdulillahla,bole tido balik and lena.Bole nengokla muka dia in a deep sleep.Tido malam2 pun lena.But still jaga every 2 hours untuk minum susula.But this time around memang punctual.Jaga just for milk or tak selesa pampers penuh/kotor.

Another thing,nak pakai pun senang swaddle ni.Baringkan baby macam kita pakai baju tu..then just zip-up!Material dia stretchable & takla panas.Breathable gitew.Baby still bole gerakkan tangan n kaki but limited.

Oklakan.

Tujuan dia kat sini..nak kasik baby tido lebih lena n kurangkan gangguan time tido..so memang achievedla!

Oke.Kalau korang nak tengok in detail cemana nak pakai.Try nengok bawah ni kay :

Contoh Kegunaan



Cara Memakai


Antara yang best pasal SWADDLE POD or BEDUNG MODEN ni :

Kelebihan Swaddle Pod Gugu / Key features


1- Mengikut Kajian, Swaddle Pod dapat membantu kurangkan risiko SIDS. Bilamana tangan baby yg bebas bergerak dan biasanya dalam posisi tangan  terangkat (masih dlm Swaddle Pod) dapat mengelakkan baby tertelangkup.

2 - Curve pada design dapat membantu untuk memberikan baby rasa seperti di peluk . Tangan baby masih boleh bergerak bebas tapi tidak dapat keluar dari Swaddle Pod. Ini dapat memberikan bayi keselesaan dan baby dapat bertenang dan tidur dengan lena.( kurang meragam )

3 - Fabrik cotton spandex yang sejuk dan nyaman - so baby tak rasa panas

4 - Tiada label dijahit dibahagian dalam Swaddlepod - so baby lebih selesa

5 - Jahitan bahagian leher yang kemas dan cukup lebar

6 - Tangan yang masuk kemas ke dalam SwaddlePod memudahkan proses penyusuan - so takdela baby cakar muka

7 - Toggle Tent kami menghalang Zip dari terkena kulit baby

8 - Zip 2 hala ( lock zip ) - so nak tukar pampers tak perlu nak buka dari atas.. boleh buka dari bawah, so tangan baby yg masih di wrap rapi membuatkan dia masih lena seperti dipeluk

9 - Fabrik yang boleh memeri - streachable, so tak perlu risau jika tangan atau badan baby dibalut / ikat terlalu ketat. Fabrik ni cukup streach untuk new born - 6.5 kg.

10- Tali pengikat ( patern Pending :) ) - tali beserta butang ini boleh digunakan untuk ikat bahagian bawah swaddle Pod terutama bagi baby kecil/pendek..so swaddle pod akan lebih fit dengan badan baby.. so takdelah bahagian leher dia akan terangkat

11- Ukuran panjang swaddle pod telah disesuaikan dengan purata saiz baby di Malaysia

12 - Fabrik senang dibasuh-masuk dlm mesin je :)


Pendek kata..sangat recommendedla!

Comments

Popular posts from this blog

I HEART Bali - Romantica D'Amor Dinner and our last day of jalan2!

1st Annivesary@Konsert Gemuruh Double Trouble!Part2..n abesh

Missing..