> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, September 22, 2012

My Boyot's Raya!Part 1

Dah abes raya dah pun baru nak up cerita pasal raya.*apepuntakbleyla*
Penangan merisau tahap dewa pasal nak deliver la ni...
Ke "laut" terus belog ni diabaikan..
Jadikla...
Lambat2 pun asal ader yer dok?
Bukan senang nak nengok mok yong sakan beraya!..haha
Lagipun bole jadik kenangan nengok gamba memboyot kali ke-2 ni time raya..hehe.
Melaram adelah TATAP okey!
Walopun nak mencarik baju yang gojes untuk saiz terlebih ni adelah tahap dewa susah!
Jadik marila melayan peel si ex-mok yong ni kojap eh.

Tahun ni,giliran beraya kek kampung en.lola.
Yerla kata kena gilir2.
So since last year dah beraya kat Gombak,to be fair  *even kondisi makyong yang tak berapa nak best time neh...* kita layankan saja...
Nasebla travel balik kampung dalam sejam jer.
Cer kalo lebeh...sumpah meroyan! 

Masa time ni,kurang sehari jer dari aku nak menjengah ke minggu-36 pregnancy.
Kalo refer entry aku yang sebelom ni,doc siap warning..bawak seme kelengkapan bersalin siap2 n most importantly kad pink jangan lupa as aku memang anytime ja boleh bersalin...
Cuak jugak dengar part ni...tapi biasakla aku.
Buat2 konpiden jer...
Patutnya aku kena bawak balik cheesecake sebijik tuk MIL aku punya open house on raya pertama nanti..tapi disebabkan faktor perut yang sedikit menggedik n yang paling rasa ralat sekali is dat..jenuh dah mencarik kat kedai bakeri n market... Philadelphia cheese outta stock...bole?Tensi.
Terus kensel niat nak buat cheese cake..alih2 ini jerla yang terdaya dibawak pulang...


  
Puding Jagung.
Jadikla kheeeen?
Mak ni dah spesies tak reti balik umah MIL dengan tangan kosong..
So okeyla..idokla rasa bersalah naaaa..hehe
Kami bertolak balik ke Pilin,N9 on petang sabtu *raya kan ke ahad,so takyah gatal sangat nak balik awai2.Makyong loteh,ade paham???TETIBE*

Sampai2 kampung still awal.Dalam kul pat macamtu.
Nasebla highway Seremban tak jem.
Jenguk dapor tengok MIL tengah sibuk merendang ayam same daging...*dalam hati yehuuuuuu,idokla kempunan.Sempat merendang uols!*





Dah lepak2,goling2..*mokyong takleh buat keje katenyer...* bosan punya pasal en.lola mengajak pergi ke Param Pekan Rembau petang tu.
Skeptikal neh,yela sehari sebelom raya kott.Takkanla ade yang meniaga lagi...kheeen?



Haaaaa...jangan tokojut,only in Rembau uols!
Suprisingly ramai giler yang still berniaga!
N ramai jugakla yang berkunjung datang..seronots mak dapat mayap!


Malam tu,seperti kebiasaan tahun2 yang sebelumnya umah MIL aku akan join jadik umah yang orang akan datang takbir.
So kenala jamu makan untuk mereka2 yang datang bertakbir kat rumah malam tu..
This year,umah MIL aku dapat giliran yang 2nd last.
Jadik kenala menunggu ..n yang pasti takleh jamu makan banyak2.
Kata dah nak dekat umah last,dah tak lalu nak makan derrr.
So menu yang MIL aku buat malam tu..



Kepah rebus cicah sos cili,buah mata kucing ngan teh o.Kira sempoilaaa kan?


 Setting ateh meja siap2.Sonang nak angkat ja jambar ni sampai time!



Kebiasaannya orang2 kampung akan start bertakbir lepas waktu isyak.
So since jadik 2nd last rumah,kiterang estimate dalam pukul 12 mlm macam tu orang2 takbir akan sampai ke umah MIL.


    
Ujung2 takbir..ini ja rombongan yang tinggal.Tepat kui doblas malam.


Oke cukop dolu.
Mak sambung nanti eh,si Aufa da menjorit mintak susu tu..tata!

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

SAYANG KAMU JUGA

SANA,SINI,SITU,SINUN!