> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, January 16, 2012

Dak Kacak

Mood kelautt dah 2,3,pat lima nam hari.Banyak jer acara yang aku nak share tapi tangan ni malas pulak nak menaip.Hari ni ddatang sikit seru..jadikla hapdet yang mana mampu.

Harini si budak kacak (Danial la tu) transformed jadik budak besar,independent habes!

Adik aku tadak standby kat rumah.Dia pi melawat mak sama pacik aku kat spital.Kena rushla jugak cos waktu melawat kan from 12.30-2.00pm ja.So memang NO CHOICE.Petang pun sama jugak,5.30-7.00pm.

Dedua timing pun sah2 clash dengan schedule sekolah kebangsaan n agama si Danial.Adik aku pilih pi tengahari,so that petang adelah orang yang menengok si Danial bila balik sekolah agamanya nanti..

Since mak aku duk hospital jaga pacik,and since da start sesi baru sekolah ni,nasebla ada adik aku kat rumah.Ade jugak yang meratikan si Danial.Not to say nak kena siapkan dia ke hapa,just to monitor him.Besar tak besarla sangat baru lapan tahun..kita dulu lapan tahun bawah ketiak mak pak lagi kot??Tapi semua ni temporary..after Chinese New Year,to be exact after 30th January,Danial gonna be all by his own.Macamanala...haih.Susah hati kalau aku ingat2 benda ni.

Aku kesian n sedih in a way kalau ingat part ni.


Sebelum start sekolah haritu aku ada riki Tadika untuk transit lepas sekolah kebangsaan.Siap bawa si Danialla sekali.Bila aku tanya suka ke tak?Di tenungnya muka aku dalam2....Hmmmm tak nakla tu tandanya.-___- Serabut jugak memikirkan hal si budak kacak sorang ni.Dia dah terbiasa ada around family circle.Kalau menghantar ke baby sitter pun by petang dah melepets kat umah totuk sama wannnya melayan Astro Ceria dia...so bila kasik option nak duk nurseri or taska of course la tanak!


Problemnyer sekarang,siapa pulak nak memonitor si Danial ni..meaning balik dari sek.keb,in between nak pergi sek.agama.Kalau afta that ok sikit.By six o clock,dia balik dari sekolah agama dah bole lepak2 tengok tv n by 7 paling lewat n (kalo tak jemlah) aku dah sampai Gombak..


Pikir punya pikir aku teringat jiran sebelah rumah mak a.k.a totuk.Orang seberang yang dah lama gakla duk sini.Baik orangnya.Selalu gak tengok2kan rumah kalau totuk dengan wan pegi mana2 dulu.Terus terlintas kat kepala,keluar "mentol" kejap!Ah ha!


Aku try usulkan kat si Danial ape yang ada dalam kepala aku time tu..


One thing pasal Danial ni,aku memang dah didik dia dari since dari baby (kott) cakap or treat or buat apaja macam adult.Bukan nak kata kejam,tapi yang bersesuaian dengan umor dia jugakla.Aku pun pikir gak nok...yerla,kang tak pasal2 korang ingat aku spesies mak pendera!


Aku kasitau dia idea aku.


"Apekata kalau ibu suruh acik sebelah ni tengok2kan Danial...amacam?"


"Hmmmmmm..hmmm (banyak hmmm2 dia tu)"


"Danial dah pandai pakai baju sekolah agama sendiri..kan?Bukak pintu pagar rumah totuk punda terror..kan?" umpan aku


"Apakata,bila acik Mimi (akak van yang mengamek menghantar si Danial namanya Mimi..so pangge acik Mimi lorrr) hantar Danial balik,ibu suruh acik Lis (jiran sebelah umah mak aku) tengokkan Danial?


Maksudnya,bukakkan pintu untuk Danial...lepas Danial siap acik Lis antakan Danial g ke van acik Mimi then kunci rumah totuk sekali.Balik dari sekolah agama pun sama...acik Lis tengokkan Danial sementara tunggu Ibu balik dari opis?Danial duduk kat rumah totuk ja pun takpa.Tapayah gi umah acik Lis...Macamana?


"Ok ibu" pendek ja jawab dak kacak aku.


Itu cerita hampir 2 minggu lepas.CADANGAN jer semata2 semua tu.Hakikatnya since the 2nd day sampaila semalam,adik laki aku yang nombor 2 tula yang menengokkan si Danial.Yerla..tak keja lagi bolehla.


But today,bukan lagi khayalan.Ini betul2 punya kejadian!


Yang dicadang2 dah jadik pun tadi.Aku tak bole imagine ekceli since semalam.RISAU.Dahla henpon nya selamat "berenang" dalam washing machine weekend haritu,jadik nak communicate lepas dia balik sekolah konpemla susah since adek laki aku keluar nak pergi hospital.So nak tanak aku tinggalkan 2nd handphone kat beg salinan baju Danial.Senang kalau apa2 dia nak call aku or vice versa.  


Alhamdulillah...semuanya lancar n aku sungguh2 surprised!Anak bujang aku adelah SUPER DOPER independent dari yang aku jangkakan!Alhamdulillah!Bangga sungguh ibu dengan awak dak!^_^ 


Balik sekolah,amek kunci dengan jiran sebelah.Salin baju.Minum milo dengan roti bekalan.Siap2 dengan baju melayu sekolah agama sendiri,then call aku lepas settle siap semua..


"Ibu..Danial nak simpan kunci rumah ni kat mana eh?"


"Danial tinggalkan dalam kasut sekolah nak?Nanti Danial bagitaula pacik mana Danial letak?" Bernas tak idea ibu Danial??*panggggg*


"Isssh.Tamola ibu.Nanti orang curi masuk rumah kang *tepuk dahi sendiri!Anak lagi pikir panjang kauuuuuuu!* Takpela,nanti Danial kasik dekat acik Lis sebelahla eh?


Terasa nak nanges time ni.Sedih cos aku tadak kat situ nak look over him.He's just 8 years old for GOD sake!Tapi terpaksa act macam dah besarrr sangat T_T 


Guessed what he survived the day with flying colours!N aku makin terasa jauh hati as if m not doing my very best for him.Kesian dak.Kena duk sorang2...kalaula ibu tak keja,bole ibu jaga awak,amek awak,siapkan awak pi sekolah semua.


Nak pergi peluk n kiss dak kacak la..dia tengah sedap tidur tu. 


Tiba2 rasa hopeless. T______________T

1 comment:

cik tim said...

tibe2 kite sedeh bile baca siap ngaler air mata lagi. hukhuk :( akk jgn rasa hopeless pulak ye, hehehe, kan akk dah trying ur best :)

Post a Comment

There was an error in this gadget

SAYANG KAMU JUGA

SANA,SINI,SITU,SINUN!