> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, December 08, 2011

Accomplished!

Ntah kenapa keterujaan nak memasak membuak2 dari lunchtime semalam.Nak2 bila teringat buku yang penah aku nampak kat MPH haritu ni.Motivation boost habes!

^_-

Aku jejak umah semalam almost around 7pm.Barang2 nak memasak memang dah dalam kepala.And memang ada stock kat rumah pun.So tadehalla rasanya.Antara rajin dengan malas jerla pun selalunya..betul tak?

Dulu2.Few years back.Aku memangla practic 'benda' ni hari2.Serius.Kerja kat KLCC then driving back home to Sri Gombak last time memangla 7 ish is the earliest yang aku mampu jejak rumah.Itu pun dah rempit baeeek punya guna elevated highway.KL,standardla.Nak cepat SIKIT,nak tak nak kenala redah highway yang tolnya bukanla murah.But yang frustrated selalunya..even dah bayar tol mahal2,tetapla macam 'kura2' lembabnya.Part n parcel of life in the fast lane i would say?*apekah??*Hehe.Oke enough merapek.

Selera aku lately neh,senang.Simple tapi berulang tak hengat punya!Acaner??Tu ar yang dengan jayanya aku mampu ketatkan seluar yang baru beli tak sampai sebulan tu.T_T .Yang tekak aku ni semalam teringat2 nak makan,terfeeling2 mat sallehla plak.


Terasa2 nak mencekik Spaghetti Bolognese Goreng.Selera ngko!Kunun2 nak feeling2 makan cara bolognese asal,last2 mak gorengkan semua nyah!Tapi tula pelahap punya pasal,rebus spaghetti macam nak masak makan pat orang.Untuk mengelakkan membazir amalan syaitonnn,so dah selamat bertapau ke opis pagi tadi as breakfast.Setel!hehe


Si danial nampak aku melahap spaghetti pun mulala nak jugak.Tapi idokla makanan aku tu.Dia mana layan.Dah few days jugak disebut2nya nak makan nasik goreng macam kat sekolah dia..So nila hasil gorengan dekat pukul 9 semalam,Nasi Goreng tak berapa nak Cina tapi lakulah yang pasti.Syiiiiok! 


Aku tataula aku ni gilo ker?Obses *bukan obes eh* or simply MAD!Bole pecaya tak?Dalam penat2,letih tahap cipan balik keja,memasak dinner segala,aku berjaya dengan sempatnya jugak membakor si mini DFCC neh.Bleh?Ahahahahaha.Sound cam GILO kan?


Apa saja demimu perut!Ouuuh *posing lentuk sambil tepek tangan ateh dahi*Apepun,yang pasti aku seronok banget cos MISSION "Home at 7 & Dinner by 8" yang aku aimed semalam  ACCOMPLISHED!

Kau.....MAMPU??hehe

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

SAYANG KAMU JUGA

SANA,SINI,SITU,SINUN!