> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, September 06, 2011

Order sajer

Salam korang

Dah start kerja kot masing2..kan?Macam aku seminggu bercuti, bunyi macaaaaaamla lama. Tapi pejam celik pejam celik dah sampai hari ahad.Tup2 dah masuk selasa pun. Cukup dah seminggu kita beraya.

Raya tahun ni adelah raya yang paling sikit aku anak-beranak berposing depan camera.Bole kira dengan jari ja kott berapa keping ja gamba kami bertiga.Tak pela..yang penting semangat raya tu..kan?


Dari bulan puasa haritu lagi,mak dah order.Nanti raya nak aku buatkan kek coklat untuknnya sebiji.Kek DFCC yang haritu la.Aku memang okey ja.Sooo.. nila hasilnya.Aku buat dalam loyang saiz 7 inch jer.Takot tak habis.Yerla kanker lemang,nasi impit tambah lagi dengan rendang sama kuah kacang banyak dihidang...takot takda pulak yang heran dengan DFCC akutu..Tai sangkaan melesets.Kek di atas ni LICIN dalam tak sampai setengah jam!Alhamdulillah..


Kuah lontong yang sebenarnya kali kedua dalam seumur hidup aku buat.Encek suami dah mengorder..harusla kasik jadi nyata..Selagi terdaya dok?


Ha yang ni personal favourite aku.Kuah Kacang.Menu wajib untuk aku bila pagi raya.Kalau takda..rasa tak berseri pulak meja makan pagi raya tu...(bole?hehe)Mak aku memang malas nak buat ni.Katanya rendang daging dengan ayam dah adoocukopla.So,teringin punya pasal kenala masak kendiri.Selalu aku tak guna santan..nak kasik tahan lama but since buat sikit jer aku try this year guna santan.Sama jer texture and rasa dia.Tak banyak beza pun.Maybe tak leh simpan lamala kott



Menu terakhir hasil 'air tangan' aku pagi raya pertama haritu.Kek Batik.Aku kan tak berapa gemor yang manis2.Ntah macamana termanis pulak bila buat yang ni.(mulut aku jer pun rasa manis...orang lain ok kottt).Tapi alhamdulillah...yang kek batik ni,lepas satu2 orang amek.Last2 lincin!Same goes dengan yang aku bawak balik ke Rembau.Satu tray kott.

All rounder,semua yang aku angkut ke rumah mak pagi raya tu licin..just kuah lontong tu ada berbaki sikit..Sebenarnya bila masak ni,part yang paling seronok is when ko tengok orang enjoy makan masakan kita..Serious priceless!Ni yang rasa nak masak lagi neh...hehe

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

SAYANG KAMU JUGA

SANA,SINI,SITU,SINUN!