Kerja gila...eh?

Semalam balik dari keja,jejak rumah mak nak mengamek si danial balik dah nampak mukanya merah padam.Pegang2 kepala...PANAS."Sudah!..Demam pulak budak ni" *cakap dalam ati* mulala aku interbiu si danial macam2 

"Main hujan ker tadi?"

"Tak" 

"Main tengah panas ea?"

"Takla ibu."

"Danial minum air tak"
 
"Minum...tapi badan danial rasa sejuk.Lepas tu mata danial rasa nak nangisla ibu.." 

"Kenapa tak makan roti yang ibu bawa ni?"

"Danial tak ada selerala ibu.."

Sian pulak aku dengar..hmmmm konfem panas dalamla tu.Sohih anak bujang aku demam.So sudden.Paginya aku menghantar pi sekolah segar bugar walafiat lagi.Tup2 balik sekolah agama terus 'menyerang'!Demm yuh virus! *tetibe*

So ke Klinik Idzhamla kami malam tu..ramai giler budak.Penuh!Yang dokter kata pukul 8 akan amek patient balik after rehat solat maghrib.Da almost 8.20pm tak jugak panggil2.Tak naik2 jugak nombor kami...Jarum jam dah nak jejak 8.30 baru nombor bergerak.Masuk bilik dokter Khairuni tu,soal jawab sikit2,tepek temperature punya kit kat paler danial dah settle.Biasa dahtu..menunggu berejam,tapi jumpa dokter tak sampai semenet pun!Redhokan....

Since dokter kata tonsil danial bengkak,balik sampai rumah aku suruh si danial makan eskrem vanilla yang berbaki sikit lagi kat dalam peti es aku.Petua yang aku dapat dari kengkawan.Alhamdulillah few times try n error,demam si danial cepat kebah bila cuba petua ni.Settle makan ubat aku biar danial berbaring kat depan.Nak tengok Shrek 3 gamaknya kat TV2.Aku cakap larat ker nak tunggu..?Bole katanya..so ber'silat'la aku lepas tu di dapur.

Tengah2 aku duk leka mencuci pinggan segala,tiba2 perut aku berkeroncong..laaaa,aku tak makan malam lagi rupanya!Tak tapau menda pun.Nak pi klinik punya pasai lupa terus nak tapau makan.Pikir2 punya pikir tiba2 napsu nak makan lasagna mai menyerang kepala.Hmmmmmmm...*panjang oke hmmm aku semalam* Jam da dekat pukul soploh nak buat lasagna and MAKAN LASAGNA????Gila ke hapa???LASAGNA bukan senwis sadin oket....dengan secara tak sedar(LAH SANGAT!) jugakla tangan aku dengan lajunya mencapai periuk nak mencelur keping lasgna instant,then sos spekgeti,daging bege segala..tup2 jugala jadik cenggini..hehe 


Siap post kat FB "Wish me luck...bole?"!Kemainnnnn!Yerla ngko.Maunya tak.First time buat haritu,keras kejung jadiknya dek kerana aku tak mencelur dulu keping lasagna dia.So malam tadi puasla berdoa bagai mintak2 kemengidaman aku malam tadi dimakbulkan dengan jayanya..bole?*lempang pat blas kali* Nak tau hasilnya...? Malas citer tengok kendirik ah


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.

.
.

.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.

.
.

.
.
.

.

.
.
.

.
.
.


.
.

.
.
.
.
.
.
.

.
.

.
.



.

.
.

.


*ehem ehem - sambil sapu bahu hukhukhukhuk

Comments

Popular posts from this blog

I HEART Bali - Romantica D'Amor Dinner and our last day of jalan2!

1st Annivesary@Konsert Gemuruh Double Trouble!Part2..n abesh

Missing..