Dot Dot ittew

Assalammualaikum korang!Salam 1 Malaysia! *tetiba*

Hehe harini aku nak share recipe Apam Polkodot yang super duper comel ni dengan korang.Kalau korang penah baca entri "Indah Khabar Dari Rupe" aku dulu,musti tau betapa kuciwanya aku bila apam pokodot aku tu tak menjadik.Sedih oke.Dahla bulan puasa,niat suci aku nak menjamu kaum famili manisan yang comel neh ke "tong sampah" akhirnya..sob sobs.Tapi sekarang tidak lagi *ting ting-keluar gamba mentol kejap!*

Resipi mak dah berhasil and end product pun SUCCESS!

Laku macam goreng pisang panas uols!Aku jamu menda alah ni masa in-laws aku datang beraya semalam.*suke suke* Paling priceless,bila dak kacak aku yang sorang tu 'pulun' berpuluh biji!Lepas satu,satu dingappnya!Alhamdulillah.Anak mak suka banget.Siap order nak lagi!Mak lagila suka uools!Berbunga2 cinta jadiknya!

So meh,jom nengok cenggane cara2 nak membuatnyer.Sebenornyer resipi ni pun,kawan opis aku yang kasik.Dia pun dapat resipi ni dari kawan atas kawan yang pernah keluar WHI cos jual apam pokodot jugakla.So geng,get ready paper n pen.Eh takyah,print ja uols!

APAM POLKA DOT



BAHAN2: (+/- 50 biji small paper cupcakes)
275gm (aku tadak penimbang,so sukat kira 1 cawan pun jadi ja,hehe) Tepung Superfine
220gm (aku guna 3/4 cawan) gula kastor
3 biji telur gred A
150 ml susu segar
1 sudu teh ovelette
3 sudu  teh baking powder (aku guna 1 sudu double action baking powder)
1 sudu teh esen vanila
filing (ikut suka)
pewarna (ikut suka)



CARA2:
1.Masukkan semua bahan2 tadi (kecuali pewarna dan filing) ke dalam mangkuk besar dan pukul menggunakan kelajuan maksima sehingga adunan sebati dan kembang.

2.Asingkan adunan yang kembang tadi kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut kesukaan

3.Paipkan separuh papercup dengan adunan tadi dan masukkan filing mengikut kesukaan (kaya,coklat,blueberry,peanut butter or nutella!).Paipkan baki adunan sehingga hampir penuh papercup tadi.

4.Paipkan corak dot dot atau titiskan adunan yang berlainan warna ke atas aduan tadi untuk mendapatkan efek polka dot.

5.Kukus adunan tadi selama lebih kurang 10 minit.*tekan sedikit apam yang dsedang dikukus tadi,kalau dah kembang semangkuk dan bila ditekan tak kemek tandanya dah masak!^_^*


Siap sedia untuk dihidang ngapp!Tapi kalau serasa2 malas gila nak masak,bole order saja.Sonang yo.Meh2 nengok sini cemane carenyer nak mengORDER APAM POKODOT YANG SOMEY ITEWW.Hehe

 

Dah siap rupe cenggini silalah hidang semasa ia masih HOT and spicy.Konfem LINCIN!Selamat mencuba uols!

 

Comments

Popular posts from this blog

I HEART Bali - Romantica D'Amor Dinner and our last day of jalan2!

1st Annivesary@Konsert Gemuruh Double Trouble!Part2..n abesh

Missing..