> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, August 18, 2011

Sayunya Hati..

Salam korang..

Acaner orang Selangor...Merayap ke mana korang semalam?Aku..?Sumpah penat giler walaupun bercuti.Biasala.Tak semua cuti tu means bercuti,berehat...kan?Banyak ja 'benda2' yang menanti,menunggu jer masa.Bersyukurla masih punya kudrat,kederat yang sihat untuk melayan semua.

Memang gilerla schedule cuti aku semalam.Sedari (cehh ayat!) pukul 10.30 a.m aku dengan si acu da bergerak keluar dari Gombak.First stop kami ke Bank Islam yang sebelah Tutti Fruity kat belakang Wangsa Walk,then straight ke Ampang Point sana,tengaharinya shoot balik ke Masjid India,then patah balik ke Wangsa Maju n 4.30pm jejak balik Gombak..pheewwww!Ponek!Nak patah dah pinggang sama kaki!Tapi yang penting banyak 'kerja' yang yang settled.As plan n schedule!Sangat suka hati!

Pagi tadi tengah2 drive nak pi office,aku layan HITZ.FM sama HOT FM selang seli.Selalu layan HITZ ja sampai opis,tapi theme horror depa pagini buat aku turn off ja nak dengar.Bukak HOT FM off course meriahlah dengan lagu raya.Macam2 gayalah.Yang mendayu2,ada yang happy2,semuanyalah!

Dah nak jejak Tol Subang tadi keluar lagu yang satu ni...sebak tiba2.Teringat kat arwah abah..teringat kat macam2.Tetiba jadi sedih...serasa2 nak menitik dah airmata.Ntah,syahdu sungguh..."Satu Hari Di Hari Raya" M.Nasir ni

*kesat air mata* Takla,aku tak nanges pun.Manada..mata masuk habukla!

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

SAYANG KAMU JUGA

SANA,SINI,SITU,SINUN!