> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, August 22, 2011

Dah dekat..tak jauh

Salam Hari Senin geng!

Tinggal lebih kurang seminggu ja lagi nak beraya.Memangla sesak napas kalau aku tengok betapa sesaknya jalan menuju ke JALAN TAR sama uptown yang ada dekat area rumah aku ni semenjak dua menjak ni.Jengggggg sana sini!Haiii menggilalah,masing2 shopping sakan!Jangan kata orang perempuan,yang lelaki pun tak kalah oke!

Ntahla.Aku pun tak paham.Kenapa ek?Raya tu memang sematanya nak kena semuanya bertukar baru eh?Langsir,nak kena bertukar..karpet harus nak baru..baju nak kena ada 3,4,5 nam pasang..Tu belum cerita bab sofa,kabinet dapur,tivi (eh TIVI pun tuka setahun sekali ker???homang aiii) and nak2 lagi pinggan mangkuk!Yerla nak menjamu tetamu!*ape sebelum raya tadak pinggan mangkuk kott??*Serba serbi nak kena bertukar,nak kena baru...eh?Musykil..kan?Apa definisi sebenar Aidilfitri untuk 'diaorang2' ni pun tak taula.

Bukankah Aidilfitri tu sepatutnya 'hari kemenangan' buat umat islam setelah kita berjaya berpuasa selama sebulan?Tapi kenapa macam kebendaan ja yang semacam di'rai'kan?Yang semacam berlumba2 ditayangkan?.....

"Tepuk dada,tanya selera"..
Macam aku,since aku kecik...lagi.Seawal umur aku sepuluh tahun,semenjak arwah abah 'pergi'...and sampaila ke hari ni.Sampaila saat aku dah punya keluarga sendiri..Raya ni pada aku satu ja.SEDERHANA.ALA KADAR...serba serbi.Percaya tak kalau aku cakap baju raya aku TAK pernah lebih dari sepasang???Sampaila aku kenal dengan husband aku sekarang.Serius ni kisah benar.

Sedih sebenarnya kalau nak ingatkan kisah bila nak dekat raya dulu2.Zaman2 lepas abah aku 'pergi'..Adik2 kecik lagi.Mak meniaga sorang2 sara kami 5 beradik.Yang si acu,kecik sangat.Baby lagi.Sesedara semua duduk jauh.Susah senang,pandai2la kami hidup sendiri...Susah,agak susah masatu.Kalau nak kata kami susah sangat,adalagi keluarga yang tak makan kalau nak compare dengan kami ni.Cukup makan minum dan pakai itu pun dah kira bagus pada kami.Tapi budak2 biasalah...

Peer pressure dulu melampau2.Kalau tak kuat semangat,hari2 rasa nak nanges cos jeles dengar kawan2 duk cerita yang derang pi beli gown kembangla,mak dia beli baju kurung 3 pasangla.Warna itu warna inila...yang kami ni..melopong.Dukla menunggu bila mesjid nak panggil untuk bagi derma anak2 yatim.Dengar macam sadis..kan?But,itula kenyataan zaman kanak2 aku dulu.Baju raya kami hanya akan dapat dibeli once aku dapat derma dari masjid.Itu pun duit yang aku dapat akan aku bagi sikit pada mak untuk buat belanja dapur raya nanti. Kalau murah rezeki,penahla dapat lebih dari seratus.Kadang2 tu siap ada yang bermurah hati bagi kami kuih raya and macam2 kelengkapan lain.Syukur alhamdulillah.Tapi semua tu pun dah di penghujung puasa..lagi seminggu nak raya,baru berduit.Ehsan manusia2 yang berhati mulia.Yang sudi menderma kat kami anak2 yatim ni.

Kat sekolah pun kadang2 ada juga yang berbaik hati,berhati mulia.Bawak kami berbuka puasa,then bagi duit raya.Seronok tak terkatalah!Manataknya..pernah satu masa kami yang kecik2 ni dibawa berbuka dekat Kelab Darul Ehsan!Kelassss kot jaman2 aku kecik dulu.Siap dapat duit raya 5ploh hinggit sorang!Alhamdulillah..dapatla buat duit belanja raya n bila buka sekolah nanti!Senyum memangla sampai ke telinga masa tuh!


Nampak tak bezanya pengertian raya buat sesetengah orang?Pada akula..Aidilfitri ni adelah hari kita meraikan keazaman kita yang mampu berpuasa despite segala godaan yang melanda dalam tempoh 30 hari kita berpuasa di bulan ramadhan.Nak berbelanja..nak bergaya tak ada salahnya,tapi biarlah bersederhana.Jangan sampai segala yang kita 'pertahan'kan masa berpuasa *menahan lapar,dahaga,nafsu,godaan segala* tergadai di hari raya..sudahlah ya?

Bercerita perihal raya ni teringat aku kat satu benda yang en.lola pernah cakap kat aku pasal si Danial..Pada aku agak lawak*lawak ada makna oke*,tapi tataula korang macamana.Yang pasti sampai sudah en.lola tak puas hati setiap kali dapat jawapan untuk soalan yang ditanyanya pada si Danial!Siap suruh neneknya kat Pilin tanya soalan yang sama!Kunun2 nya nak testla ke'jujur'an si Danialla...Tak payah!TETAP oke jawapan yang sama,yang serupa dibaginya! 

"Tahun ni Danial baju raya berapa pasang?" beriyalah si ayahnya menanya

"Satu pasang ja" jawab Danial dengan selamba.

Lagi didesak2,lagi kerasla jawabnya "Danial nak sepasang ja!" 

Tersenyum si ayah mendengarkan jawapan jujur lagi ikhlas si kecik.
Sungguh.
Biarla siapa pun yang menanya.
Jawapan akan tetap sama.

Tersentuh.Entahla.
Sebetulnya ibu sendiri tak pernah pun ajar,si anak untuk bagi jawapan sebegitu rupa.Tapi mungkin si anak yang dianggap kecik..naif..yang tak tahu apa2 lebih memahami segala......
Mungkin dalam tak terucap si anak lebih mengerti kepayahan,kesusahan si ibu selama ni..dan dengan sendirinya..dia paham.Dia mengerti.Yang sederhana itu lebih mudah dimiliki..


Kalau budak sekecil danial pun boleh memahami erti bersederhana..inikan pulak kita yang dah dewasa..kan?

Cermin diri..hiasi peribadi.

1 comment:

edlidza said...

setiap manusia dugaan and cubaan nyer lain2... apapon aku tahu ko strong ;)... ko hepi dengan cara ko sendiri.. x semua orang sama... wileksss n be happy babe... lagi brapa hari g nak raya... aku tahun nih la sedey... baju raya lansung tarak... hehheheh...

Post a Comment

There was an error in this gadget

SAYANG KAMU JUGA

SANA,SINI,SITU,SINUN!