> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, September 16, 2010

Selamat Hari Malaysia!



Bangun pagi tadi,tengah sarapan pagi si danial tanya aku..

"Ibu,Hari Malaysia tu ape..?"
"Hari Malaysia tu hari melesia (kena sebut ikut slanga si danial baru dia paham) ditubuhkan..Dulu nama dia tanah melayu bukan melesia tau.Hari melesia ni jugakla harinya Sabah ngan Sarawak (paham ke si danial ni,aper Sabah Serawak tu.?BELASAH) bergabung ngan melesia..pastu jadikla melesia..."
"Ooooo,tu rhupernyer hari melesia"

Beriya pulak aku bercerita kat si danial da macam dalam kelas sejarah pulak.Si danial ni pulak kalo nak tanya soklan memang tak agak2 punya!Naseebla ibu ko neh score subjek sejarah kat sekolah dulu..*NAK JUGAK TU..* Time2 soti macam ni besalah melepetla aku depan tivi ngan si danial.Tenga2 tengok tivi,ader pulak iklan pasal sambutan Hari Malaysia..siap ada bagitau sejarah semua..and tiba2

"Eh..ibu samala.."
"Aper yang samanya..?"
"Kat tivi cakap sama macam ibu cakap pasal Hari Melesia tadi..macamana ibu tau? (ni ayat jujur,lagi lurus bendul ke PERLI..agak2?)
"Mustila..ibukan pegi skool,mustila ibu tau.Danial nanti kalau rajin pegi skool lagi banyak danial tau dari ibu.." Bole tak aku kasik setetment cenggini..?

nota kaki : Bersyukurla dengan segala yang kita ada hari ni...Selalula ingat "mempertahankan" sesuatu itu lebih susah dari "memiliki"..

Selamat Hari Malaysia semua!

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

SAYANG KAMU JUGA

SANA,SINI,SITU,SINUN!