> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, September 03, 2010

Salun kat rumah






Tak tipu.Sungguh.Hari tu,rumah aku bertukar jadi salun rambut kejap!Semua ni gara2 acula.Dia ni kalo bab2 men"jahanam"kan rambut,memang advanced.Memang khatamla.Aku pun tak terkejar ngan "kemajuan" dia yang satu ni.Ceritanya..balik cuti merdeka haritu,si acu nak me"rebonding"kan balik rambut dia yang da macam "kuehtiaw goreng" tu.So bermulala sesi mebodek kakaknya mintak bantuan....

"Kak intan,lepas buka puasa ni kang nak pinjam rumah kak intan jap boleh tak?"

"Ha pinjam rumah??Apekah?"

"Tak..orang nak buat rebonding,nak suruh kakak salun tu datang kat rumah..tapi taulakan, nanti mak bising..Boleh tak nak suruh dia datang buat kat rumah kak intan..?"

"Haa..buat rebonding kat rumah?Stylist tu datang buat kat rumah??Biar betul..???Tak mahal ker wei?Suruh datang2 rumah ni..?Pastu nanti cemana dia nak buat keja,umah aku bukannya ada sesemua barang macam kat salun tu.."(punyala jakun tanya banyak soklan!)

"Takla,murah lagi dari pegi salun.Kakak tu memang da biasa datang rumah buat service.Jangan risau nanti dia bawak barang dia.."


Aku mengaku memang jakun bab2 ni.Lagila bila acu duk cerita pasal freelance stylist siap boleh datang rumah buat service!Menggaruk kepala japla aku.So after berbuka,minah freelance ni sampaila kat rumah aku.Dalam kul 9 macamtu dia sampai dengan 2 beg bagak.Konpem   tu perkakas2 untuk dia mem"project" rambut si acula tu..Siap ber"apron",ber"glove",memang complete macam kat salunla!Just venue ja yang bertuka.Yang aku dengan si danial pulak jadi jakun duk tengok si minah ni meng"godam" rambut si acu.Yerla memang tak penah per,tengok orang buat salun rambut kat rumah..wajibla jakun jap oke!(jangan nak gelak2,korang sama jek kalo duk tempat aku..)Kelakar tengok si acu da macam "wak lampir" masa proses me"rebonding"kan rambut dia tu berjalan.After this experience,barula aku taw,nak  rebonding bukanla sekejap yer..lama gak proses dia.Leceh.Makan jamla.Patotla pun mahal!

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

SAYANG KAMU JUGA

SANA,SINI,SITU,SINUN!